Monday, November 30, 2009

RAHSIA SOLAT

"Kewajipan Khusuk Dalam Solat", Persoalannya adakah kita melakukan solat dengan khusyuk.....Fikir-fikirkan dan lakukan perubahan dalam diri kita..

1. Maksud Ayat 14, Surah Taha " Sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku"

2. Maksud ayat 205, Surah alA`raf :" Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai"

3. Maksud ayat 1-2, Surah al-Mukminin: " Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya."

4. Maksud hadis Riwayat alTarmizi dan Annasai:" Sesungguhnya solat itu penetapan hati, merendahkan diri serta jiwa dan engkau meletakkan kedua tanganmu sambil mengucapkan:"m Ya Allah,Ya Allah maka sesiapa yang tidak melakukan demikian, dia adalah penipu"

5. Maksud hadis riwayat al-Thabrani: " Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari melakukan perbuatan buru dan kemungkaran, maka orang itu tidak ditambah Allah melainkan jauh dari kebenaran"

No comments: