Sunday, November 16, 2008

Pendidikan Zaman Abbasiyah

Sila jawab semua soalan berikut:

1. Kota .................muncul sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang terulung.
2. Senaraikan ilmuan muslim yang muncul pada zaman Abbasiyah.
3. Terangkan faktor-faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman tersebut.
4. Nyatakkan institusi pendidikan zaman Abbassiyah.
5. Nyatakan 4 bidang ilmu wahyu.
6. Nyatakan 4 bidang ilmu akal.
7. Senaraikan pakar-pakar hadis pada zaman tersebut.
8. Senaraikan pakar ilmu fekah pada zaman tersebut.

Thursday, November 13, 2008

PENYEBARAN ISLAM ZAMAN ABBASIYAH

SOALAN LATIHAN UNTUK 4 RHAZES 2008.
anda boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat tambahan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Abbasiyah
Tarikh Latihan :14/11/08
Tajuk: Penyebaran Islam Zaman Abbasiyah
Sila jawab semua soalan di bawah ini.

1. Tamadun Islam telah bermula...............................................................................................
2. Para sejarawan telah mengiktiraf kerajaan Abbasiyah sebagai ........................................................
3. Kerajaan Abbasiyah diambil nama sempena nama ....................................................................
4. Nyatakan khalifah-khalifah kerajaan Abbasiyah dan sumbangan mereka.
5 Terangkan faktor dalaman penyebaran Islam zaman Abbasiyah.
6. Terangkan faktor luaran penyebaran Islam zaman Abbasiyah.
7. Huraikan kesan positif penyebaran Islam dari aspek:
a) Akidah
b) Ilmu Pengetahuan
c) Kebudayaan
d) Sistem Kemasyarakatan
8. Huraikan semangat jihad umat Islam pada zaman kerajaan Abbasiyah.

Anda hendaklah menjawab di dalam ruangan comments,selepas menjawab terus klik PUBLISH yang berwarna kuning tu. Sila masukkan nama anda selepas jawapan anda. Anda juga boleh menjawab dengan menghantar email kepada saya iaitu ishakzulkifli68@yahoo.com.my atau menjawab di dalam kertas examanation pad dan diposkan ke alamat berikut : No 52 C, Bt 7, Titi Besi, 06200 Kepala Batas, Kedah.
Latihan diposkan dalam masa seminggu dari tarikh di atas.

"SELAMAT MENJAWAB, SEMOGA BERJAYA"

Tuesday, November 11, 2008

TAJUK HAJI DAN UMRAH

Haji merupakan rukun haji yang kelima yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan. Layari laman web ini.http://www.tabunghaji.gov.my/

Sunday, November 9, 2008


SEKITAR JAMUAN PENGAWAS 2008


Majlis jamuan........

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS SMKPN 2008


Pada 9/11/2008 jam 3.00 ptg Badan Pengawas SMKPN telah mengadakan jamuan akhir tahun di College Height, Bandar Darulaman. Majlis itu diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan pengawas kepada pihak sekolah. Majlis itu telah dirasmikan oleh En Omar Baharom PK Pentadbiran SMKPN..

Wednesday, November 5, 2008

SEKITAR KURSUS ICT P&P DI LANGKAWI




GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KURSUS...



Menghadiri kursus ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Hotel Eagle Bay , Langkawi pada 4-6hb November 2008. Antara ilmu yang diajar di dalam kursus tersebut ialah cara hendak memuat turun youtube dan video dalam internet. Di samping itu kami juga didedahkan dengan aplikasi photoshop cs serta aplikasi IM Messenger. Diharapakan ilmu yang diperolehi akan dapat membantu kami JU Pendidikan Islam Negeri Kedah meningkatkan pengajaran dan pembelaraan di sekolah.

MEMORI KONVOKESYEN AKU DI UUM



Gambar aku menerima ijazah sarjana sains(pengurusan pendidikan) di uum 18/10/2008 Sabtu


Semoga menjadi tatapan anak-anak didikku........semoga menjadi motivasi diri


KELAHIRAN ANAK KEDUA




ANAK KEDUA INI AKU BERI NAMA NUR AFAF AAFINI....LAHIR PADA 12/8/2008 HARI SELASA JAM 6.56 PTG DI PUSAT PERUBATAN MAHSURI, BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDAH.

AKU AMAT BERSYUKUR DI KURNIAAN DARIPADA ILAHI INI....

Monday, August 11, 2008

BUKU ULANGKAJI

Saya ada menghasilkan dan menjual buku ulangkaji tingkatan 1,2,3,4 dan 5.

Harga mampu dibeli oleh semua pelajar yang mengambil pendidikan Islam teras:



1. Buku Ulangkaji Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5 RM15 (harga termasuk kos penghantaran)



2. Buku Ulangkaji Pendidikan Islam Tingkatan 1,2 dan 3 RM16 (termasuk kos pengangkutan)



Kepada Guru-guru Pendidikan Islam dan pelajar-pelajar yang berminat sila hubungi

Ustaz Ishak Zulkifli di talian 0194768893

Friday, August 8, 2008

PENCEGAHAN MAKSIAT DI KALANGAN REMAJA ISLAM

Gejala sosial di kalangan remaja Islam masa kini amatlah membimbangkan dan amat menyakitkan mata. Perbuatan remaja melakukan kelakuan sumbang di hadapan orang ramai amatlah mencemarkan imej agama. Justeru, sebagai sebagai negeri yang diperintah oleh PAS seharusnya tindakan segera dan drastik haruslah diambil segera bagi membendung gejala ini supaya tidak parah. Salah satu langkah yang proaktif yang dapat diambil pada masa kini ialah kerajaan negeri kedah mewujudkan perjawatan pencegah maksiat di peringkat PBT. Ini memandangkan pegawai pencegah maksiat yang terdapat Jabatan Agama tidak akan mempu untuk membenteras gejala sosial.
Gejala remaja bergaul bebas ini sepatutnya ditangani dengan bijak supaya mereka yang melakukakan kesalahan akan merasa bersalah dan berdosa serta ingin bertaubat kepada. Kerajaan negeri hendaklah membuka pusat-pusat pemulihan akhlak yang berotoriti bagi menangani masalah ini

TIP ATAU PANDUAN MENJAWAB

- kosongkan ruang kanan
- tulis no soalan seperti di kertas soalan
- mula jawapan dengan petikan soalan
-jawapan guna no atau dash
- jawapan hendaklah ringkas dan padat.
-hendaklah menjawab jawapan yang lebih
-antara jawapan hendaklah di selang
- muka surat baru untuk soalan berikutnya
-jangan salin soalan
-jangan ubah atau potong jawapan yang ragu
-hati-hati membaca soalan
- fahami kehendak soalan

TIPS TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM SPM 2008

Antara teknik yang berkesan untuk menjawab soalan-soalan pendidikan islam kertas 1 ialah:
1. meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar berkaitan semua tajuk-tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5.
2. Pelajar-pelajar seharusnya menguasai istilah dan maksud tertentu yang terdapat di dalam setiap tajuk.
3.Sentiasa berlatih menjawab soalan-soalan yang memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang munasabah dengan kehendak soalan.
4. Membina peta minda bagi memastikan pembelajaran adalah berfokus.