Monday, November 30, 2009

RAHSIA SOLAT

"Kewajipan Khusuk Dalam Solat", Persoalannya adakah kita melakukan solat dengan khusyuk.....Fikir-fikirkan dan lakukan perubahan dalam diri kita..

1. Maksud Ayat 14, Surah Taha " Sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku"

2. Maksud ayat 205, Surah alA`raf :" Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai"

3. Maksud ayat 1-2, Surah al-Mukminin: " Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya."

4. Maksud hadis Riwayat alTarmizi dan Annasai:" Sesungguhnya solat itu penetapan hati, merendahkan diri serta jiwa dan engkau meletakkan kedua tanganmu sambil mengucapkan:"m Ya Allah,Ya Allah maka sesiapa yang tidak melakukan demikian, dia adalah penipu"

5. Maksud hadis riwayat al-Thabrani: " Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari melakukan perbuatan buru dan kemungkaran, maka orang itu tidak ditambah Allah melainkan jauh dari kebenaran"

Friday, November 20, 2009

Thursday, November 12, 2009

TUGASAN SEMASA CUTI SEKOLAH UNTUK TINGKATAN 4 AVICENNA,4 BAITAR DAN 4 FARABI

1. Semua pelajar kelas ini dikehendaki melaksanakan tugasan peta minda.
2. Peta minda hendaklah dilukis menggunakan kertas lukisan.
3. Gunakan pen pelbagai warna untuk membina peta minda.
4. Bina peta minda berdasarkan tajuk-tajuk dalam bahagian tamadun dan tokoh tingkatan 5.
5. Tugasan ini hendaklah siap dan di serahkan pada 3/1/2010.

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2009

dala

pada 7/11/2000 hari sabtu jam 2.00 saya telah menghadiri jamuan pengawas di hotel holiday villav alor setar. majlis itu telah dihadiri pengetua, pk1, pkhem,pk petang, pk koko, guru-guru penasihat pengawas dan guru disiplin serta semua pengawas. jamuan ini telah dianjurkan jawatankuasa pengawas sepenuhnya.
Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua pengawas yang telah bertungkus lumus melaksanakan semua tugasan menjaga dan mengawal keadaan disiplin smkpn berada sempurna dan harmoni. Saya bagi pihak penasihat pengawas mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pengawas di atas sumbangan mereka.

"PENGAWAS CEMERLANG DISIPLIN GEMILANG"

Tuesday, October 6, 2009

BERITA-BERITA MESYUARAT

Pada 6-8/10/2009 saya telah dijemput oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum untuk menghadiri mesyuarat pembinaan Standard Kurikulum Pendidikan Islam di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Mesyuarat selama 3 hari tersebut akan membincangkan pembinaan tajuk-tajuk yang akan dimasukkan ke dalam Standard Pendidikan Islam yang akan dilaksanakan pada tahun 2012. Pembinaan kurikulum Standard Pendidikan Islam ini adalah hasil daripada proses Transformasi Pendidikan Kebangsaan yang akan dilaksanakan bermula tahun 2012.

TAMADUN TINGKATAN EMPAT

Soalan Latihan Tajuk: Faktor-Faktor Kegemilangan dan Kejatuhan kerajaan Zaman Umaiyah

1. terangkan faktor-faktor kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah.
2. terangkan faktor-faktor kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.
3. huraikan bukti-bukti kegemilangan zaman pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz
4. terangkan peranan genereasi muda Islam kini bagi mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.

Sunday, September 27, 2009

SAHAM

SOALAN LATIHAN

1. apakah maksud saham
2. apakah hukum saham
3. terangkan syarat-syarat saham menurut islam.
4. nyatakan dua contoh saham halal di Malaysia.

INSURAN

SOALAN LATIHAN

1. berikan pengertian insuran
2. apakah hukum insuran
3. nyatakan dalil pengharusan imsuran.
4. terangkan jenis-jenis insuran
5. jelaskan prinsip-prinsip insuran
6. jelaskan tujuan insuran
7. terangkan 3 perkara yang wajib dielakkan apabila menjalan perniagaan insuran.

HUTANG

SOALAN LATIHAN

1. apakah maksud hutang.
2. apakah hukum asal hutang.
3. terangkan rukun-rukun hutang
4. terangkan perbezaan hutang dengan riba
5. jelaskan hikmah hutang

SYARIKAT

LATIHAN

1. apakah maksud syarikat
2. apakah hukum syarikat
3. terangkan rukun syarikat
4. terangkan perkara yang membatalkan syarikat
5. terangkan hikmah syarikat.

GADAIAN

SOALAN LATIHAN

1. apakah maksud gadaian
2. nyatakan rukun gadaian
3. terangkan syarat-syarat gadaian
4. terangkan perkara-perkaran yang membatalkan gadaian
5. jelaskan hikmah gadaian.
6. terangkan perbezaan antara gadaian islam dan bukan islam

Monday, September 7, 2009

IMAM MALIK

1. Terangkan riwayat hidup Imam Malik.
2. jelaskan pendidikan beliau.
3. huraikan imam malik sebagai guru.
4. Bagaimanakah penghormatan Imam Malik terhadap hadis.
5. huraikan sumbangan imam malik terhadap tamadun Islam.
6. nyatakan nasihat imam malik kepada empat golongan manusia.
7. jelaskan ketegasan imam malik

sila hantar pada 14/9/2009

IMAM ABU HANIFAH

1. Terangkan riwayat hidup Imam Abu Hanifah.
2. Jelaskan pendidikan beliau.
3. Terangkan sumbangan beliau terhadap tamadun Islam.
4. Huraikan pengaruh mazhab Imam Abu Hanifah.
5. Nyatakan kaedah yang digunakan oleh beliau dalam menentukan hukum.
6. nyatakan ujian-ujian yang dilalui oleh imam abu Hanifah

sila hantar pada 14/9/2009

Friday, September 4, 2009

PUASA DAN DETOKSIFIKASI

Detoksikasi bermaksud proses memberihkan racun daripada badan. Antara kajian yang dilakukan bagi membuktikan kebenaran ini :

Kajian oleh Dr.Lonny J.Brown, Ph.D menyatakan bahawa " Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini adalah apabila seseorang mengidap penyakit dia akan mengambil ubat bagi meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanyabagi kita mengamalkan sesuatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa semasa sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan badan"

Menurut kajian Dr.Cindy Engles di dalam Wild Health melaporkan " Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses natural ke arah kesembuhan. Ia bukan sahaja bermanfaat kepada binatang tetapi juga kepada manusia. Puasa mempercepatkan kesembuhan kerana secara umumnya bakteria memerlukan zat besi bagi bertindak justeru dengan menghindari makanan bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahknya"

Kesimpulannya benarlah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah kamu pasti kamu akan sihat"

RAMADHAN 2009

Assalamualaikum........
alhamdulillah sekarang kita berada di fasa yang kedua di dalam bulan ramadhan iaitu
FASA MAGHFIRAH ATAU FASA KEAMPUNAN ALLAH.
Oleh itu, kita seharusnya mengambil peluang dalam fasa kedua yang kedua ini untuk banyak beristighfar kepada Allah.

Monday, January 26, 2009

ETIKA MINUM

Rasulullah bersabda: " Rasulullah s.a.w mengambil nafas tiga ( sewaktu minum dan tidak bernafas) di dalam bekas minuman. Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda :" Apabila salah seorang kamu minum, janganlah bernafas dalam bekas minuman......al hadis. Larangan tersebut mempunyai signifikannya iaitu: 1. Ditakuti air liur masuk ke dalam bekas minuman itu. 2. Hembusan nafas itu mengeluarkan karbondioksida.